Kematian Yasmin_Ahmad

Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika mengadakan pertemuannya dengan penyanyi Siti Nurhaliza dan suami, Khalid Muhammad Jiwa bagi membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3.[4]Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.[5]

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.[6] Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.[7]

Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009,[8] pada jam 11.25 malam.[9]

Jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada 12.40 tengah hari keesokannya.[10]

Rujukan

WikiPedia: Yasmin_Ahmad http://www.inherownwords.com.au/ http://www.adasia09.com/adasia2009/category/speake... http://www.altfg.com/blog/film-festivals/berlin-fi... http://news.asiaone.com/News/Latest%252BNews/Showb... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://skyexits.blogspot.com/2008/07/petronas-tan-... http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/ http://yasminthestoryteller.blogspot.com/ http://www.causewayexchange.com/