Yasmin_Hani

Yasmin Hani binti Ismail Richardson atau lebih dikenali sebagai Yasmin Hani dilahirkan pada 11 Jun 1979.[2] Berasal dari di Rawang, Selangor. Merupakan seorang pelakon dan pengacara di Malaysia. Yasmin pernah menjadi penyampai radio Era FM.Yasmin Hani mula menempa populariti sebagai artis apabila bakatnya mula meraih perhatian menerusi program hiburan, Muzik @ Ria terbitan Astro, beberapa tahun lalu. Yasmin juga pernah mengacarakan program realiti, Keynote.Yasmin Hani dan rakan-rakannya juga aktif menjalankan kerja kebajikan membantu mereka yang digelar penghuni jalanan melalui penyertaannya dengan Pertubuhan Reach Organisation (Reach Org) yang dikendalikan dengan kerjasama ejen pencari bakat, Kleo & Tony. Dia aktif membantu sebilangan insan yang hidupnya melarat di sebalik bangunan pencakar langit, di celah lorong di kota kosmopolitan seperti Kuala Lumpur ini. Mereka tidur bertemankan embun, pakaian tak berganti malah makan dan minum semuanya mengharapkan belas ihsan.[3]

Yasmin_Hani

Pekerjaan pelakon, pengacara dan penyampai (radio)
Pasangan Shahrin Razali (berkahwin 2011)
Anak Noah Ismail [1]
Tahun aktif 1998 - kini
Terkenal kerana Dua Dunia, Disney Clubs, Muzik@Ria, Ria Sentral
Warganegara Malaysia-British-Amerika
Kelahiran Yasmin Hani binti Ismail Richardson
(1979-06-11) 11 Jun 1979 (umur 40)
Rawang, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur