Yasuhiro_Yamashita
Yasuhiro_Yamashita

Yasuhiro_Yamashita

Yasuhiro Yamashita (山下泰裕, Yamashita Yasuhiro, lahir 1 Jun, 1957 di Yamato, Kumamoto) adalah salah seorang peserta judo yang paling berjaya sepanjang masa. Pada ketika ini, beliau bekerja sebagai jurulatih atau penasihat untuk pelbagai pertubuhan, termasuk Universiti Tokai, Persatuan Judo Antarabangsa, dan Persekutuan Judo Seluruh Jepun. Dia bersara daripada pertandingan judo kompetitif pada 17 Jun, 1985 selepas mencapai kerjaya yang yang gemilang di mana beliau memenangi lima pingat emas dalam pertandingan antarabangsa dan menandakan 203 kali kemenangan berturut-turut (dengan 7 kali seri di antaranya) sehingga bersara. Beliau menerima Hadiah Kehormat Negara Jepun pada 9 Oktober, 1984.