Kuasa Yaya

Templat:Stat

Kuasa Manipulasi Graviti

Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan super kuat, tetapi kemudian didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh kerana Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.

BoBoiBoyTahap 1
  • Kelajuan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap musuhnya dengan pantas.
    • Tumbukan Super Padu: Tumbukan yang dua kali ganda lebih padu berbanding Tumbukan Padu yang biasa.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Yaya menggunakan Tumbukan Padu untuk menyerang musuh secara bertubi-tubi dengan amat pantas.
    • Tumbukan Padu Maksima: Yaya menumbuk musuhnya dengan pantas yang menyebabkan musuhnya tercampak ke belakang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tumbukan Super Sonik Yaya menambahkan kuasa graviti untuk menumbuk dengan lebih kuat.
  • Cakaran Laju: Serangan cakaran laju yang diserang bersama Ying. Digunakan terhadap Raksasa Tidur dalam musim pertama.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang dengan kuat.
  • Pemberat Graviti: Yaya membuatkan objek menjadi berat dengan kuasa gravitinya.
  • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan sfera graviti untuk mengurung Amar Deep, Stanley, BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Sfera itu boleh dimanipulasikan sama ada diringankan atau diberatkan.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya mengangkat bebola gergasi ke atas udara.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.
Kuasa Kombo
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
    • Graviti Pemberat: Yaya menghentakkan kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk memberatkan musuh.
    • Serangan Kombo Laju dan Padu: Yaya melepaskan kuasa gravitinya yang laju dan padu kepada Ying, yang akan menambahkan kepantasan larian Ying.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
BoBoiBoy Galaxy
  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Yaya mengapungkan sesuatu di udara yang bertujuan sama ada untuk menghentikan serangan musuh ataupun menyelamatkan kawannya.
  • Hempasan Graviti: Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu mengangkatnya ke atas sebelum dihempaskan semula dengan kelajuan normal ke bawah. Kuasa ini hampir sama dengan kuasa lamanya, Hempasan Graviti Maksima.
  • Kenderaan - Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai skuter.
    • Tolakan Graviti: Yaya mengumpulkan kuasa graviti pada kenderaannya, lalu menyerang musuh dengan laju.
    • Mampatan Graviti: Yaya menghasilkan bebola graviti yang akan menarik musuhnya seperti magnet lalu terbentuknya sebuah bola bagi memerangkap atau mencegah pergerakan daripada musuhnya.
  • Apungan Kertas: Yaya mengapungkan beberapa helai kertas di sekelilingnya sewaktu menjawab ujian untuk mengelakkan rakannya meniru.
  • Tolakan Graviti: Yaya mengapungkan semua batu di sekelilingnya, lalu melepaskan kuasa graviti dengan menolak batu-batu itu secara bergilir ke arah musuh.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya sebelum melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap sasarannya dengan padu. Ia telah menjadi kuasa utama Yaya sebagai kuasa yang paling banyak digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Ying.
  • Tolakan Padu: Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Graviti Pemberat: Yaya mengumpulkan kuasa gravitinya ke arah sasaran lalu memberatkan mereka yang akan membuatkan sasarannya itu jatuh ke atas tanah.
  • Smash Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu terus melepaskannya dengan tamparan padu pada bola tampar.
  • Lantunan Graviti: Yaya membentuk piring graviti untuk melantunkan semula bola tampar ke udara.
  • Graviti Peringan: Tiada maklumat tersedia.
  • Serangan Graviti: Tiada maklumat tersedia.

Lain-lain

  • Sut Lanun: Yaya memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran Kapten Kaizo di Koloni Lanun Angkasa.