Sejarah Yaya

BoBoiBoy

Musim 1

Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.

Musim 2

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 4, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar yang paling dicintai.

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Yaya bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Yaya dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.