Yayasan_1Malaysia

Yayasan Perpaduan Malaysia (dahulu dikenali sebagai Yayasan 1Malaysia) ialah sebuah yayasan bebas, bukan keuntungan yang bertujuan untuk memulakan dan menyokong program perpaduan negara serta melibatkan rakyat terhadap konsep 1Malaysia yang diunjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.[1] Didedikasikan untuk mempromosikan perpaduan negara, berpandukan Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara, Y1M berfungsi untuk menyelaras dan menambah aktiviti sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan 1Malaysia.[2]Yayasan 1Malaysia dinamakan semula sebagai Yayasan Perpaduan Malaysia pada 1 Ogos 2018.[3]