Yayasan_Perisian_Bebas

Yayasan Perisian Bebas (b. Inggeris: Free Software Foundation, singkatan FSF) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang diasaskan oleh Richard Stallman[2] pada 4 Oktober 1985 untuk menyokong gerakan perisian bebas, khususnya projek GNU, gerakan berasaskan copyleft yang bertujuan menawarkan kebebasan untuk mengedar dan mengubahsuai perisian komputer tanpa halangan. FSF berpusat di Massachusetts, Amerika Syarikat.Dari penubuhannya ke tengah 1990-an, Yayasan Perisian Bebas banyak membantu dalam memperkenalkan perisian bebas kepada masyarakat dunia. Lesen GNU yang diterbitkan oleh yayasan ini merupakan lesen yang paling popular bagi projek-projek perisian bebas, termasuklah Linux. Sejak tengah 1990-an, terdapat banyak lagi syarikat-syarikat dan individu membina perisian bebas, supaya pekerja dan sukarela FSF sebanyaknya bekerja terhadap isu-isu sah dan struktur untuk gerakan perisian bebas dan komuniti perisian bebas.Betul-betul tekal dengan matlamatnya, perisian bebas sahaja yang digunakan di semua komputer-komputer FSF.[3]