Sejarah Yen

Kerajaan Meiji Jepun menerima suatu unit wang yang didasarkan kepada perak selepas penggunaan Dolar Sepanyol yang begitu meluas di sepanjang rantau Asia —yang turut didahulukan oleh kerajaan jajahan Hong Kong antara 1866 sehingga 1869— melalui suatu akta yang dikuatkuasakan pada 27 Jun 1871.[6]

Unit sen dan rin dihentikan edarannya pada hujung 1953.[7]

Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas ialah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.

Pada 21 Oktober 2011, rekod tertinggi Yen adalah pada 75.78 JPY terhadap 1 USD.[8]

Berkaitan