Yi_Sun-sin

Yi Sun-shin (Hangul: 이순신; Hanja: 李舜臣; 28 April 1545 – 16 Disember 1598) merupakan seorang komander tentera laut Korea, yang terkenal bagi kemenangannya terhadap tentera laut Jepun semasa Perang Imjin semasa Dinasti Joseon, dan amat dihormati kerana kemurnian tingkah-lakunya semasa dalam atau di luar medan pertempuran bukan hanya oleh orang Korea, malah oleh laksamana-laksaman Jepun juga.[1] Sejarahwan telah membandingkan kebijaksanaan tentera lautnya dengan Laksamana Admiral Horatio Nelson.[2] Gelarannya Samdo Sugun Tongjesa (삼도수군통제사; 三道水軍統制使), secara harafian bererti "Komander tentera laut bagi Tiga Jajahan," merupakan gelaran tentera laut Korea sehingga 1896.Kemungkinannya pencapaian ketenteraannya yang paling menakjubkan berlaku semasa Pertempuran Myeongnyang. Diatasi 333 kapal berbanding 13, dan dipaksa pada kedudukan pertahanan terakhir dengan hanya armada minimanya yang berada antara Tentera Jepun dan Seoul, Yi mengenakan salah satu kekalahan yang mengejutkan dalam sejarah ketenteraan.Sungguhpun tidak pernah menerima latihan tentera laut atau terbabit dalam pertempuran laut sebelum perang, dan sentiasa diatasi dari segi bilangan dan perbekalan, dia mati sebagai beberapa orang laksamana dalam sejarah dunia yang kekal tidak kalah selepas memerintah sebegitu banyak pertempuran laut sebagaimana yang dilakukannya (sekurang-kurangnya 23).[3][4]Yi mati dalam Pertempuran Noryang pada 16 Disember 1598. Ketika tentera Jepun hampir disingkirkan sepenuhnya dari Semenanjung Korea, dia cedera yang membawa maut oleh peluru tunggal. Kata-kata terakhirnya yang terkenal adalah, "Pertempuran sedang memuncak...palukan gendang perang ku...jangan istiharkan kamatian ku."Istana Diraja akhirnya menganugerahkan pelbagai gelaran penghormatan padanya, termasuk gelaran selepas kematian Chungmugong (충무공; 忠武公; Duke bagi Ketaatan dan Perperangan), kemasukan sebagai Seonmu Ildeung Gongsin (선무일등공신; 宣武一等功臣; gelaran penghormatan tentera kelas pertama semasa pemerintahan Seonjo), dan dua pangkat selepas kematian, Yeonguijeong (영의정; 領議政; Perdana Menteri), dan Deokpung Buwongun (덕풍부원군; 德豊府院君; Putera Istana dari Deokpung). Yi kekal sebagai wira yang dipuja dikalangan orang Korea sehingga kini.

Berkaitan