Kuasa Ying

Templat:Stat

Kuasa Manipulasi Masa

Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Ying pada mulanya dianggap sebagai larian kilat, tetapi kemudiannya dia mendapat tahu bahawa kuasa dia sebenarnya adalah Kuasa Manipulasi Masa. Dengan kuasa ini, dia boleh membuatkan masa di persekitarannya menjadi perlahan ataupun laju. Ying tidak boleh menggunakan kuasanya dalam jangka masa yang lama dan jamnya akan menunjukkan jangka masa semasa dia menggunakan kuasa perlahankan masa. Dalam BoBoiBoy, Ying akan kehilangan kuasanya dan juga keberaniannya apabila dia bersin dan dia perlu bersin semula untuk mendapatkan kuasanya semula sebelum Ying mampu mengatasinya.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Ying telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengulang semula sesuatu peristiwa yang telah lepas. Sebagai contoh, apabila ada rakannya yang berada di dalam kesusahan dan tidak sempat menyelamatkannya, Ying boleh mengulang semula masa sebelum insiden itu berlaku dan Ying boleh memberi amaran awal sebelum perkara itu terjadi. Ying juga boleh menyerang musuhnya berulang-ulang kali semasa menggunakan kuasanya itu.

BoBoiBoyTahap 1
  • Larian Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk berlari dalam kelajuan normal sambil memperlahankan masa di persekitarannya.
  • Seribu Tendangan Laju/Tendangan Laju/Tendangan Seribu Laju: Ying menyerang musuhnya dengan melompat di atasnya sebanyak seribu kali secara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
  • Seribu Cakaran Laju: Ying mencakar musuhnya dengan lebih pantas sebanyak seribu kali. Pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 13, tetapi tidak terlihat.
  • Cakaran Laju: Serangan yang digunakan terhadap Raksasa Tidur dengan mencakarnya.
  • Perlahankan Masa/Kuasa Perlahankan Masa: Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa.
  • Tulisan Laju: Ying menggunakannya semasa dia menjawab ujian untuk bertulis dengan sangat laju sehingga dapat membakar kertas ujiannya.
  • Kuasa Kelajuan Masa/Kelajuan Masa: Kuasa yang digunakan untuk melajukan pergerakan.
  • Kelajuan Maksima/Kuasa Maksima: Kuasa yang digunakan untuk mengemas kelas.
  • Kayuhan Laju: Menggunakan kekuatan dan kelajuan kakinya membolehkan dia untuk mengayuh sampan dengan laju. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Bebola Masa: Ying menghasilkan sfera gergasi untuk mengurung musuhnya dan masa di dalamnya menjadi perlahan sekaligus membatalkan segala serangan yang cuba dibuat oleh musuh. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Kuasa Ulangan Masa: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Ying mampu mengundurkan masa ke belakang dan apabila musuh diserang dan Ying menggunakan kebolehannya. Kuasa Ying juga mempengaruhi masa dunia sebenar walaupun dia menggunakan kebolehannya berulang-ulang kali tetapi tidak akan mengubah masa sebenar.
Kuasa Kombo
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Yaya yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Yaya yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
    • Pusingan Laju-laju: Digunakan untuk melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju.
BoBoiBoy Galaxy
  • Kuasa Slow-Mo: Membolehkan Ying memperlahankan kelajuan, sama ada untuk mengelak daripada serangan musuh, ataupun menghalang musuh daripada menyerang rakannya yang lain.
  • Larian Laju: Ying berlari dalam kelajuan yang normal sambil memperlahankan masa di persekitarannya.
  • Seribu Tendangan Laju: Ying menendang musuhnya dengan melompat di atasnya sebanyak seribu kali secara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
  • Kenderaan - Mini Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai mini skuter.
    • Pecutan Laju: Ying menggunakan kenderaannya untuk memecut dengan pantas.
    • Kuasa Slow-Mo: Dengan mengadaptasi kuasanya dengan kenderaannya, Ying memperlahankan kelajuan di angkasa untuk menyerang Nyamuk Amok.
  • Jawapan Laju: Ying menggunakan kuasa masanya untuk menulis jawapan dengan laju dalam Ujian Kental. Kuasa ini hampir sama dengan kuasa lamanya, Tulisan Laju.
  • Lompatan Laju: Dengan kuasanya, Ying melepasi sungai lava dengan lompatan yang pantas.
  • Tendangan Laju: Teknik tendangan pantas ke arah musuh. Ia merupakan antara kuasa yang sering digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Yaya.
  • Seribu Serangan Laju: Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Pukulan Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk menampar bola dengan laju di udara.
  • Simbahan Gayung Laju: Ying berlari dengan pantas untuk mengisi air di dalam gayung dan terus menyimbah ke tubuh badan Roktaroka.
  • Momentum Tendangan Laju: Setelah Yaya mencampakkan batu-batu di hadapan, Ying mengumpulkan kuasanya di kaki lalu menendang batu-batu itu ke arah musuh dengan pantas.
  • Serangan Laju: Tiada maklumat tersedia.
  • Seribu Balingan Salji: Ying melontarkan beberapa bola salji terhadap Mawas Ais dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Putaran Laju: Ying memutarkan kayu stik untuk membuat api dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Kelajuan Maksima: Ying membantu Anthony untuk membuat taufan lebih tinggi dan meretakkan ais untuk mendapatkan panel heksagon dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.

Lain-lain

  • Sut Lanun: Ying memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran Kapten Kaizo di Koloni Lanun Angkasa.