Perwatakan Ying

Ying adalah seorang yang pemalu tetapi setelah mendapat kuasa, dia menjadi seorang yang berani. Dia seorang yang sangat pandai di kalangan rakan-rakannya disebabkan kelebihan dia yang boleh membaca dan mempelajari sesuatu dengan pantas, sehinggakan dia dapat melompat kelas. Sebenarnya, Ying muda setahun daripada rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, dia berada di kelas 5 Jujur, iaitu kelas murid berumur 11 tahun. Dia juga seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perlawanan dan peperiksaan, terutamanya dengan pesaing ketat peperiksaannya iaitu kawan baiknya, Yaya.

Dalam musim pertama, dia suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walaupun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini semakin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan.

Walaupun perwatakannya sentiasa bertukar-tukar, namun dia tetap fokus dalam setiap perlawanan dan pertarungan. Dia akan berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang berada dalam kesusahan. Jika ada serangan musuh yang laju, Ying adalah orang pertama yang akan mendapatkan kawan-kawannya yang tidak sempat mengelak.

Semasa dia terkena Pistol Emosi Y, dia berubah menjadi orang penakut dan juga pengecut. Kerana itu, dia mempunyai tabiat bersembunyi sendiri dengan daun besarnya.

Semasa dia dipengaruhi oleh EmotiBot, dia, bersama dengan Yaya, berubah menjadi orang yang suka menari sambil memberikan saran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan.