Sejarah Ying

BoBoiBoy

Musim 1

Ying ialah kawan baik kepada Yaya. Pada mulanya, Ying adalah seorang yang pemalu, tetapi apabila dia bersin dia akan menjadi seorang yang sangat ceria. Setelah Ying diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa larian kilat dan dengan kuasa ini, Ying boleh berlari ke serata dunia dalam sekelip mata tanpa berasa penat. Ini juga membuatkan musuh-musuh jahat susah untuk menangkap Ying.

Musim 2

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Ying merupakan saingan kuat kepada Yaya apabila tiba waktu ujian, membuatkan mereka bersaing untuk mendapatkan nombor pertama. Walau bagaimanapun, mereka tetap saling menghormati antara satu sama lain dan masih mengekalkan persahabatan erat mereka.

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Ying bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Ying kembali ke Pulau Rintis bersama Yaya selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Ying dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.