Yong_Peng
Yong_Peng

Yong_Peng

Yong Peng ialah sebuah pekan di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis. Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.