York
York

York

York ( sebutan (bantuan·maklumat)) ialah sebuah kota bersejarah bertaraf bandar raya di Yorkshire Utara, England. Bandar raya ini terletak di pertemuan Sungai Ouse dengan Sungai Foss dan terkenal dengan kekayaan sejarahnya, memainkan peranan penting sepanjang kewujudannya. Bandar raya York kini berusia hampir 2,000 tahun.Bandar raya ini diasaskan sebagai Eboracum pada tahun 71 M oleh orang-orang Rom dan pernah dijadikan salah satu daripada dua ibu kota Britain Rom.[2] Ketika tempoh ini beberapa tokoh bersejarah yang terkemuka seperti Constantine Agung pernah dikaitkan dengan bandar raya ini. Seluruh Empayar Rom pernah ditadbir dari bandara ini selama dua tahun oleh Septimus Severus. [3]Selepas orang-orang Angel berpindah masuk ke dalam bandar raya ini, nama Eoferwic diberikan kepadanya. Bandar raya ini juga menjadi ibu kota Kerajaan Northumbria[4] Orang-orang Viking menawan bandar raya ini pada tahun 866 dan menamakannya sebagai Jórvík, ibu kota sebuah kerajaan dengan nama yang sama yang merangkumi kebanyakan wilayah di utara England. Sepanjang tahun 1000, bandar raya ini dikenali dengan namanya sekarang, York.[4]Raja Richard II pernah berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai ibu kota England, tetapi sebelum baginda boleh bertindak sedemikian, baginda digulingkan terlebih dahulu.[4] Selepas Perang Bunga Ros, York menempatkan Majlis Utara dan dianggap sebagai ibu kota wilayah-wilayah Utara. Hanya sewaktu 1660-an pengaruh politik bandar raya ini mula pudar. Namun begitu, York kekal menjadi ibu kota bagi wilayah Yorkshire.[4] Wilayah York merupakan salah satu daripada dua wilayah gereja Inggeris di samping Canterbury. Sejak 1996, nama Bandar Raya York merujuk kepada kawasan pihak berkuasa kesatuan yang turut meliputi kawasan luar bandar merentas sempadan kota lama. Kawasan perbandarannya didiami oleh seramai 137,505 orang penduduk, manakala keseluruhan kawasan pihak berkuasa kesatuan mempunyai seramai 184,900 orang. Ketika ini, pusat bandar raya ini di dalam tembok kota lama menjadi destinasi tarikan pelancong dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari seluruh dunia.

York

Diduduki orang Rom sebagai Eboracum sekitar AD 71
Pentadbiran York City Centre
Rujukan grid OS SE603517
ISO 3166-2 GB-YOR
• Musim panas (DST) UTC+1 (Waktu musim panas)
• Kepadatan 1,780/batu persegi (687/km2)
Zon waktu UTC+0 (Waktu Min Greenwich)
• Ahli Parlimen: Hugh Bayley (L)
John Greenway (C)
John Grogan (L)
Anne McIntosh (C)
• Keetnikan (anggaran 2005)[1] 95.6% orang Putih
3.0% orang Asia
0.9% campuran
0.5% orang Hitam
Wilayah Yorkshire and the Humber
Kod kawasan 01904
• Kerajaan setempat City of York Council
Negeri England
NUTS 3 UKE21
• Kepemimpinan: Pemimpin dan Eksekutif
Laman web www.york.gov.uk
Kaunti istiadat North Yorkshire
Negara United Kingdom
Poskod
YO
• Eksekutif: Liberal Democrat
• Jenis Unitary Authority, Bandar raya
Kod ONS 00FF
• Jumlah 195,400 (Tempat ke-82)