Yuki_Kato
Yuki_Kato

Yuki_Kato

Yuki Anggraini Kato (lahir 2 April 1995 di Malang, Indonesia) atau dikenali sebagai Yuki Kato adalah pelakon muda cantik Indonesia. Yuki Kato mula dikenali selepas membintangi sinetron "Primata Cantik" pengeluaran Starvision bersama dua rakannya, Irshadi Bagas dan Esa Sigit. Namanya semakin terkenal selepas Yuki Kato membintangi sinetron Heart Series. Dalam Sinetron Heart Series Yuki Kato bermain bersama Ranty Maria, Irshadi Bagas dan Esa Sigit. Selain menjadi pelakon utama dalam sinetron Heart Series dan My Love, Yuki yang hobi berbasikal dan membaca buku ini juga bermain bersama Raffi Ahmad dan Laudya Chintya Bella dalam Jodoh Arietta berperanan sebagai adik Raffi Ahmad. Selain berbakat besar dalam dunia lakonan Yuki juga pernah menunjukkan pontensi dalam bidang nyanyian apabila dia tampil berduet lagu OST My Heart dengan Irshadi Bagas dalam acara My Heart by Request di SCTV. Dan pada tahun 2010 . Yuki kembali membintangi sinetron yang berjudul Arti Sahabat. Dalam siri televisyen ini Yuki berperanan sebagai Ajeng dan lawan mainnya, Steven William berperanan sebagai Yudha.Sinetron Arti Sahabat pernah memenangi Anugerah Sinetron Remaja Terpuji Festival Film Bandung 2011. Yuki Kato juga dinobatkan sebagai duta Pariwisata Indonesia.

Yuki_Kato

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Takeshi Kato (bapa)
Twinawati (ibu)
Tahun aktif 2005 - kini
Kelahiran Yuki Anggraini Kato
(1995-04-02) 2 April 1995 (umur 24)
Malang, Indonesia