Yuriko_Koike
Yuriko_Koike

Yuriko_Koike

Yuriko Koike (Bahasa Jepun: 小池百合子, Koike Yuriko, lahir pada 15 Julai 1952) ialah seorang ahli politik Jepun yang kini merupakan Gabenor Tokyo dan juga gabenor wanita pertama Tokyo. Beliau juga merupakan ahli Dewan Perwakilan Jepun pada 1993 hingga 2016 serta bekas Menteri Pertahanan Jepun untuk hanya 54 hari pada Julai dan Ogos 2007 sebelum meletak jawatan tersebut. Pada Julai 31, 2016, beliau dipilih sebagai Gabenor Tokyo wanita pertama mengalahkan calon-calon yang disokong LDP dan DPJ dengan 2,912,628 undi popular. Beliau merupakan pengasas utama parti tempatan Tokyo, Tomin First no Kai.