Yusrizal_Yusof

Yusrizal Yusof dilahirkan di Kuala Kedah, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah, Sekolah Menengah Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan senibina. Pada awal 2001 beliau bersama enam orang artis komik telah menerbitkan Urban Comics, sebuah majalah komik indie. Selepas itu, beliau terlibat dengan beberapa projek komik, skrip dan ilustrasi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka selain menghasilkan muzik latar untuk video korporat dan laman web antarabangsa. Kemudian, pada 2006, beliau menceburkan diri dalam bidang periklanan dan telah memenangi anugerah di Kancil Awards, Asia Pacific Advertising Festival (ADFEST), Spikes Asia, D&AD dan Cannes Lions. Pada Januari 2017, Buku Fixi telah menerbitkan novel debut beliau bertajuk Hitam. Beliau kini seorang Penulis di BBDO Malaysia.