Yusuf Rawa
Yusuf Rawa

Yusuf Rawa

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي), atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (8 Mei 1923 - 28 April 2000), adalah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia. Bapanya, Haji Abdullah Nordin al-Rawi, berasal dari Rao, Sumatera Barat, Indonesia.[1]Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1992 ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.

Berkaitan