Zaibo

Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam Spanar Jaya. Zaibo semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[1]

Zaibo

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Batu Pahat
Pekerjaan Pelakon, penari, pelawak, pengacara
Pasangan Siti Hawa Shawal (k. 2010; m. 2018)
Anak 9 anak tiri
Tahun aktif 1970–2018
Meninggal dunia 14 November 2018(2018-11-14) (umur 61–62)
Pendidikan Ijazah dalam pengajian seni
Sebab kematian Kanser Esofagus
Kelahiran Zainal Ariffin bin Abdul Hamid
1956
Padang Besar, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pusat pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM)
Kediaman Rengit, Batu Pahat, Johor

Rujukan

WikiPedia: Zaibo http://www.imdb.com/name/nm0952051/ http://www.hmetro.com.my/articles/Zaibonikahkenala... http://www.kosmo.com.my/terkini/pelakon-zaibo-meni... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/kehil... http://m.utusan.com.my/hiburan/zaibo-positif-walau... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt...