Zaid_Ibrahim

PKR (Pakatan Rakyat) (2009–2010)
KITA (2010-2012)
Datuk Mohd Zaid Ibrahim (lahir 10 April 1951) ialah seorang peguam dan ahli politik berbangsa Malaysia, yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Beliau juga pengasas Zaid Ibrahim & Co., firma guaman swasta terbesar di Malaysia.Beliau pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mulai tahun 2004 hingga 2008. Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2009 dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar dari parti itu pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya parti PKR. Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.

Rujukan

WikiPedia: Zaid_Ibrahim http://www.anwaraidc.com/2010/04/zaid-peminat-nomb... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.forbes.com/lists/2008/56/biz_philanthro... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/polit... http://malaysiakini.com/news/106409 http://malaysiakini.com/news/148592 http://www.malaysiakini.com/columns/129575 http://www.malaysiakini.com/news/119221