Kerjaya Zain_Saidin

Drama Suraya yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 ini antara penampilannya yang menarik perhatian ramai. Watak lelaki mualaf bernama Steve yang dipegangnya di dalam drama itu pada mulanya hanya watak pembantu yang kemudiannya dikembangkan menjadi watak penting.

Difahamkan semua berpunca daripada watak utama yang sedia ada seperti Fizo Omar dan Remy Ishak yang terpaksa ‘dihentikan’ kerana kedua-dua pelakon itu terikat dengan komitmen produksi lain. Lalu, tuah sekali gus menyebelahi Zain.

Sebelum Suraya, Zain pernah berlakon watak tambahan dan itu satu proses biasa sebelum diketengahkan sebagai watak utama.Kebelakangan ini, sudah mula yang menyedari kehadirannya hingga memberi jolokan sebagai hero pelapis. Zain bermula sebagai pelakon iklan.

Ikutkan sejak kecil lagi, ibu zain akan membawa dia dan Sasha untuk menghadiri uji bakat berlakon iklan. Proses itu berlarutan sampai zain di tingkatan tiga. Kemudian, zain berhenti berlakon iklan demi memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, zain pernah bekerja sebagai pelayan dan barista di restoran serta hotel. Dia juga pernah bekerja sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium. Dua tahun lalu, Zain pernah ditawarkan berlakon oleh MD Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production Sdn Bhd, tetapi dia terikat dengan kerja di gim.[perlu rujukan]

Tetapi selepas mengetahui yang zain sudah berhenti kerja sebagai jurulatih kecergasan tahun lalu, Fadzil menawarkan saya peluang berlakon drama Suraya dan ketika itu penggambaran drama terbabit sedang rancak dilakukan. Peluang kedua itu zain gunakan sebaik mungkin.

Menurut Zain, dunia lakonan yang dulunya dianggap sekadar mencuba dan suka-suka, akhirnya menjadi kecintaannya. Berbanding lakonan, dunia nyanyian sebenarnya lebih dulu diminatinya. Zain pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana. Namun projek itu terbantut atas sebab tertentu.