Zairil_Khir_Johari
Zairil_Khir_Johari

Zairil_Khir_Johari

Zairil Khir Johari[2] (lahir 17 Oktober 1982) adalah seorang ahli politik muda Malaysia yang telah menceburi diri dalam kancah politik negara dengan slogan – “Malaysia untuk Rakyat Malaysia”. Penglibatan beliau dalam politik adalah kesinambungan warisan bapanya, seorang pejuang kemerdekaan dan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Beliau menyertai DAP pada tahun 2010.[3]Zairil merupakan ahli yang terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti pembangkang Malaysia. Jawatankuasa tersebut mempunyai 29 lagi ahli, dengan 20 orang merupakan ahli yang terpilih manakala yang lainnya merupakan lantikan.Sebelum menceburi diri dalam bidang politik, Zairil telah mengasaskan RND Chocolate Labs, sebuah syarikat pembuat coklat tempahan khas yang berpusat di Subang Jaya, Selangor, Malaysia.[perlu rujukan]Digelar sebagai seorang pemikir, Zairil merupakan penceramah yang terkenal dalam lingkungan intelek dan ilmuan.[perlu rujukan] Beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang, di samping menjadi ahli lembaga pengarah PDC Consultancy, sebuah anak syarikat perbadanan pembangunan ekonomi negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).Zairil juga seorang yang gemar menulis dan merupakan penulis ruangan bagi The Malaysian Insider. Beliau juga mempunyai blog sendiri[4], di samping bergiat dalam laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Zairil_Khir_Johari

Lahir Zairil bin Mohamed Khir
(1982-10-17) 17 Oktober 1982 (umur 37)
Didahului oleh Dato' Dr Woo Wing Thye
Alma mater School of Oriental and African Studies, University of London
Multimedia University
Portfolio Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir
Pasangan Dyana Sofya Mohd Daud (k. 2018)
Noor Dahlia Hamzah
Ulfah Zainal Abidin (k. 2008)
Digantikan oleh Dato' Dr Ooi Kee Beng
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (Pakatan Harapan)
Bapa Mohamed Khir Johari
Majoriti 32,778
Laman sesawang zairil.com
Ibu Puan Sri Cristine Lim Abdullah

Rujukan

WikiPedia: Zairil_Khir_Johari http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://penangmonthly.com/tag/asean-coalition-for-c... http://www.theedgemalaysia.com/highlights/228556--... http://www.theedgemalaysia.com/political-news/2293... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article... http://dinmerican.wordpress.com/2011/02/23/25261/ http://zairil.wordpress.com/2011/01/04/kenapa-saya...