Kefungsian Zakar

Ketika lelaki mendapat rangsangan seks (baik secara fizikal ataupun mental), urat saraf dihantar ke suatu tempat yang terletak pada pangkal urat saraf tulang belakang yang disebut pusat tegang. Saraf tersebut terbentang melalui pusat tegang sampai ke zakar dan memberikan pesanan yang mengakibatkan berlaku suatu bahan, iaitu asetilkolin, yang menyebabkan arteriol di dalam batang zakar membesar atau melebar. Pada saat yang sama, otot-otot disekeliling urat pada pangkal zakar mengecut, menghalang aliran darah keluar dari zakar. Akhirnya, batang zakar mula penuh dengan darah dan memanjang. Ketika memanjang, zakar secara keseluruhan mula membesar dan mengeras, lalu kelihatan seolah-olah "berdiri".

Gambar bersiri penegangan zakar: Kulup zakar yang belum khatan kelihatan "menggelincir" ke belakang kepala zakar. Perhatikan juga kepala zakar yang kelihating bersinar pada lelaki yang belum khatan.VideoImej struktur sistem zakar manusia.Imej anatomi sistem zakar manusia.


Meskipun pusat tegang yang berada pada saraf tulang belakang berperanan dalam memberi ketegangan (ereksi), tetapi otak juga memainkan peranan yang penting. Otak terlibat secara langsung mengirim pesanan ke pusat tegang dan menyebabkannya melakukan aksi, hal ini dapat menjelaskan mengapa gambar-gambar yang merangsangkan ketika dilihat dapat menimbulkan ereksi. Selain mencetuskan ereksi, otak juga dapat menghalang dari terjadinya ereksi. Sistem saraf terdiri dari dua subsistem, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Sistem saraf simpatetik berfungsi untuk hal-hal yang berkaitan dengan rasa takut, reaksi balasan, dan pemancutan. Sementara itu, saraf parasimpatetik berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan ketenangan, menggerakkan otot organ-organ yang berhubungan dengan pencernaan, dan sebagainya. Sistem saraf parasimpatetik juga berfungsi dalam mengakibatkan terjadinya ereksi. Jika kedua-dua sistem ini bekerja saling berlawanan, rasa takut – atau orgasma – ia boleh menghalang terjadinya ereksi. Itulah sebabnya mengapa seseorang cenderung kehilangan ereksi setelah pemancutan, sedangkan orgasma merupakan suatu peristiwa besar bagi sistem saraf simpatetik, maka ketika orgasma terjadi, hal ini pada dasarnya melemahkan sistem saraf parasimpatetik untuk sesaat dan menyebabkan ketegangan menghilang.

Dalam konteks ini, jelaslah mengapa mati pucuk (ketidakmampuan untuk mencapai ereksi yang sesuai dengan tuntutan yang diinginkan) merupakan masalah bagi sejumlah lelaki – jika mereka merasa resah bahawa mereka tidak akan mampu melakukan hubungan seks, maka sistem saraf simpatetik mereka yang menguasai (mendominasi). Sebenarnya, hal ini lebih menyukarkan mereka untuk mencapai tahap ketegangan yang optimum. Maka bertenang adalah kunci untuk mendapatkan ereksi.

Ketegangan zakar tidak semestinya berkait dengan kegiatan seks, terutama pada lelaki muda. Ereksi yang bersifat spontan merupakan perkara biasa dialami oleh remaja lelaki, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengatasi hal ini. Ereksi juga sering kali terjadi ketika tidur. Ini menjelaskan tentang keadaan seseorang yang bangun dalam keadaan zakar yang tegang.

Disebabkan zakar merupakan satu organ yang disokong oleh darah, ia mempunyai mekanisme penyelamat, iaitu ia akan kehilangan ereksi selepas tempoh tertentu. Ini kerana darah yang tersekat di dalam zakar akan kehilangan oksigen dengan pantas dan sekiranya darah tidak beroksigen kekal dalam zakar untuk tempoh masa yang panjang, sel-sel dalam zakar akan mulai mati. Ini merupakan salah satu punca mereka yang menyalahgunakan ubat perangsang (mereka yang sihat tetapi makan ubat perangsang) berhadapan dengan risiko untuk mati pucuk. Ini disebabkan zakar mereka tegang terlalu lama menyebabkan darah yang terperangkap dalam zakar kehabisan oksigen, menyebabkan sel-sel zakar lemas.

Sekiranya ia berlarutan melebihi 4 jam, rawatan doktor diperlukan bagi menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah dari dalam zakar bagi mengelakkan sel zakar mati secara kekal. Selain itu mereka juga terdedah kepada peyronie (zakar bengkok dengan ketara akibat penggunaan pam zakar dengan cara yang salah.)

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah lemah tenaga batin, terdapat teknik perubatan yang menggunakan kaedah cecincin zakar bagi membantu mereka mengekalkan ereksi. Bagaimanapun kaedah tersebut bergantung kepada individu dan penyalahgunaan kaedah tersebut mampu menyebabkan kecederaan teruk dan sekali gus menyebabkan keadaan lebih teruk. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sebelum menggunakannya.[1] In addition, some doctors have expressed concern over the policy and the data that supports it.[2][3]