Struktur Zakar

Di dalam zakar terdapat tiga turus tisu erektil; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seolah-olah satu span yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra, iaitu silinder yang bernama korpus spongiosum. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama korpus kavernosum.

Korpora kavernosum (himpunan daripada korpus kavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu korpus spongiosum membuatnya lebih lembut. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat di sepanjang pertengahan setiap korpus kavernosum di mana darah mengalir dari zakar ke jantung melalui urat-urat darah halus yang terletak berhampiran dengan kulit.

Kelenjar Cowper menyimpan cecair pelumas yang biasanya digelar "cecair pra-pemancutan" (dalam bahasa Inggeris basahan: "pre-cum"). Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh di dalam tubuh menyebabkan batang zakar tidak bonyok seperti testis. Di sekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.