Zakaria Kasa

Prof Zakaria Kasa (lahir 23 Februari 1957 di Kodiang, Kedah) merupakan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 1 September 2011 menggantikan Prof Datuk Dr Aminah Ayob .Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan beliau seorang pakar bidang pendidikan Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara . Majlis ini telah dilancarkan pada 1 April 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis diharap dapat membantu kerajaan dengan menyumbang input dalam pelbagai bidang khususnya untuk memperkukuhkan asas penggubalan dasar negara dan juga menjayakan Model Ekonomi Baru.[1]