Zaki_Azmi

Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dari 21 Oktober 2008 hingga 9 September 2011. Sebelum ini beliau merupakan Presiden Mahkamah Rayuan. Beliau merupakan hakim pertama di Malaysia dilantik terus ke Mahkamah Persekutuan. Beliau merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.[1]Majlis Raja-Raja Melayu atas nasihat Perdana Menteri Malaysia mencalonkan beliau mengantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara pada 17 Oktober 2008. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008. Beliau merupakan hakim terkanan dalam badan kehakiman selepas dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.Buat masa ini, Tan Sri Zaki akan memegang jawatan Ketua Hakim Negara selama 3 tahun ( umurnya kini 63 tahun ) kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.Selepas bersara (66) beliau diganti oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria.

Rujukan

WikiPedia: Zaki_Azmi http://malaysianjudges.blogspot.com/2007/09/umnos-... http://www.malaysiakini.com/news/91404 http://www.malaysiakini.com/news/91714 http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/messa... http://www.bharian.com.my/articles/Alasanpenghakim... http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pleabar... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatid... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakiakh... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakitep...