Zaman_Baru
Zaman_Baru

Zaman_Baru

Zaman Baru (Bahasa Inggeris: New Age), juga dikenali sebagai Pergerakan Zaman Baru (New Age Movement) dan Kerohanian Zaman Baru (New Age Spirituality) ialah sebuah pergerakan sosial dan kerohanian terpencar dari Barat yang bertujuan mencari "Kebenaran Sejagat" dan pencapaian potensi insan tertinggi setiap individu. Kepercayaan ini menggabungkan usnur-unsur kosmologi, astrologi, esoterik, perubatan pelengkap dan alternatif, pelbagai amalan agama, kolektivisme, alam semulajadi, dan environmentalisme. Kerohanian Zaman Baru disifatkan sebagai pendekatan individu terhadap kerohanian, sambil menolak doktrin dan dogma keagamaan.Pergerakan Zaman Baru wujud sebagai sebuah entiti pada zaman 1960-an dan 1970-an, tetapi juga dilihatkan mengandungi unsur yang berasal dari akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pergerakan ini smeakin kukuh pada 1980-an, khususnya melalui acara Harmonic Convergence pada tahun 1987. Beraneka amalan dan falsafah Zaman Baru diamalkan oleh pelbagai individu dari merata dunia.Pergerakan Zaman Baru menerapkan unsur-unsur tradisi kerohanian dan keagamaan silam, baik ateisme dan monoteisme mahupun panteisme klasik, panteisme naturalistik, serta panenteisme dan politeisme digabungkan dengan sains, terutamanya ekologi, environmentalisme, hipotesis Gaia, dan psikologi. Adakalanya, amalan dan falsafah Zaman Baru memperoleh ilham dari agama-agama utama di dunia, sama ada agama Buddha, agama Rakyat Cina, Kristian, Hindu, Yahudi, dan Sufi; serta kuat dipengaruhi agama Asia Timur, Gnostik, Neopagan, Pemikiran Baru, Spiritualisme, Universalisme, dan esoterik Barat.[1]Kerohanian Zaman Baru turut disebarkan melalui berbagai-bagai bahan seperti buku, muzik Zaman Baru, kraftangan, dan perkhidmatan perubatan alternatif yang ditawarkan di kedai-kedai, karnival dan pesta Zaman Baru.[2]

Rujukan

WikiPedia: Zaman_Baru http://www.ascendedmasters.ac/index.html http://www.britannica.com/eb/article-9057250/Alfre... http://www.childrenoflight.com/index.html http://www.entrepreneur.com/tradejournals/article/... http://www.experiencefestival.com/a/Fast_Fasting/i... http://books.google.com/books?id=0GuWbJhYIccC&pg=P... http://books.google.com/books?id=bKqCmlh9mWwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=yV1ADS0XXf4C&pg=P... http://www.greatdreams.com/indigo.htm http://www.indigochild.com/News-CNN.html