Budaya Zanzibar

Pandangan menara jam di House of Wonders melalui pintu bergaya Islam di Stone City, Zanzibar.Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, 2013

Acara paling terkenal di Zanzibar adalah Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, yang juga dikenali sebagai Festival bagi negara-negara Dhow.. Pada setiap bulan Julai, acara ini memaparkan sedutan seni Pantai Swahili terbaik, termasuk muzik kegemaran Zanzibar, Taarab.[32]

Ciri-ciri senibina penting di Stone Town adalah rumah Livingstone, Dispensari Lama Zanzibar, Jambatan Guliani, Ngome kongwe (Kubu Lama Zanzibar) dan House of Wonders.[33] Bandar Kidichi memaparkan Mandian Parsi Hamamni, yang dibina oleh imigran daripada Shiraz, Iran semasa pemerintahan Barghash bin Said.

Zanzibar juga merupakan satu-satunya tempat di negara Afrika Timur yang mempunyai rumah penempatan terlama yang dikenali sebagai flat Michenzani yang dibina dengan bantuan Jerman Timur semasa tahun 1970-an untuk menyelesaikan masalah perumahan di Zanzibar.[petikan diperlukan]

Media dan komunikasi

Pendidikan

Sukan

Pandangan udara Stadium Amaan di Zanzibar.

Bolasepak merupakan sukan paling popular di Zanzibar, dengan seliaan oleh Persatuan Bolasepak Zanzibar.[34] Zanzibar merupakan anggota bersekutu dalam Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), tetapi tidak di bawah FIFA. Ini bermakna pasukan bolasepak kebangsaan Zanzibar tidak layak untuk bertanding dalam persaingan peringkat negara CAF, seperti Piala Negara Afrika, tetapi kelab-kelab bolasepak Zanzibar bermain dalam pertandingan di peringkat Piala Konfederasi CAF dan Liga Juara CAF.

Pasukan kebangsaan terlibat dalam kejohanan bolasepak bukan FIFA seperti Piala Wild FIFI, dan Piala ELF. Di sebabkan Zanzibar bukan anggota FIFA, pasukan mereka tidak layak bertanding dalam Piala Dunia FIFA.

Persatuan Bolasepak Zanzibar juga menganjurkan Liga Perdana untuk kelab-kelab teratas, yang mana diwujudkan pada tahun 1981.

Sejak tahun 1992, terdapat juga sukan Judo di Zanzibar. Pengasasnya, Mr. Tsuyoshi Shimaoka telah mewujudkan sebuah pasukan kuat yang terlibat dalam pertandingan di peringkat negara dan antarabangsa. Pada tahun 1999, Persatuan Judo Zanzibar (Z.J.A.) telah didaftarkan dan menjadi anggota aktif dalam Jawatankuasa Olimpik Tanzania [petikan diperlukan] dan Persekutuan Judo Antarabangsa.

Pada bulan Mac 2013, Zanzibar Shotokan Karate (ZASHOKA) telah menyertai Persekutuan Karate Shotokan Antarabangsa (ISKF).