Zarah_asas

Dalam kajian fizik zarah, sesuatu zarah asas (juga dikenali sebagai zarah keunsuran atau zarah permulaan) ialah zarah yang mempuyai sub-struktur yang tidak dikenali. Oleh itu, kandungan zarah asas sama ada terdiri daripada zarah lain tidak diketahui.[1]Pada waktu ini zarah-zarah keunsuran terdiri daripada zarah-zarah yang membina jirim, iaitu kuark dan lepton, dan zarah-zarah yang mengakibatkan daya, iaitu boson-boson tolok.