Zat_galian

Zat galian atau mineral merupakan unsur-unsur kimia yang diperlukan oleh benda hidup, selain empat unsur (karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen) yang ada dalam molekul organik biasa. Istilah "mineral" tidak tepat sepenuhnya kerana takrifan ini bertujuan memerikan unsur kimia, bukan sebatian kimia ataupun bahan galian sebetulnya. Contoh zat galian: kalsium, magnesium, kalium, natrium, zink, dan iodin.Para pakar diet mengesyorkan supaya unsur zat galian paling sesuai dibekalkan dengan menginges makanan-makanan tertentu yang kaya dengan unsur kimia yang berkenaan. Unsur-unsur ini terdapat dalam makanan itu sendiri (cth. kalsium dalam susu) ataupun dibubuh dalam makanan (cth, jus oren diperkuat dengan kalsium; garam beriodin, iaitu garam yang diperkuat dengan iodin). Penokok diet boleh dirumuskan untuk mengandungi beberapa unsur kimia berbeza (sebagai sebatian), gabungan vitamin dan/atau sebatian kimia yang lain, ataupun unsur yang tunggal (sebagai sebatian atau campuran sebatian), misalnya kalsium (sebagai karbonat, sitrat, dsb.) atau magnesium (sebagai oksida, dsb.), kromium (sebagai pikolinat).Penekanan terhadap pemakanan bagi unsur kimia terbit daripada kepentingan menyokong tindakbalas biokimia metabolisme dengan komponen-komponen unsur yang diperlukan.[1] Terbukti bahawa jumlah pengambilan unsur kimia tertentu yang betul adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan optimum. Pemakanan kita boleh memenuhi segala keperluan unsur kimia tubuh kita, tetapi penokok boleh digunakan sekiranya sesetengah keperluan (cth. kalsium yang banyak terdapat dalam hasil tenusu) tidak dapat dipenuhi oleh diet, ataupun timbulnya kekurangan kronik atau akut akibat jangkitan kuman, kecederaan, dsb.

Rujukan

WikiPedia: Zat_galian http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S08999... http://www.informaworld.com/openurl?genre=article&... http://www.springerlink.com/content/r2g8836th06562... http://www.nutrition.arizona.edu/nsc101/chap08/ch0... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/minerals/chr... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/minerals/flu... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/minerals/pho... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10875302 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18324515 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6398286