Zee_Zainal

Mohamad Zaharudin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Zee Zainal merupakan seorang pelakon, pelawak & hos. Mula berkecimpung dalam bidang seni lakonan selepas tamatnya Bintang Mencari Bintang 2. Bakat Zee Zainal dicungkil sebagai pelawak melalui program realiti Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di TV3 bersama Acap Jamaludin sebagai kumpulan Tokan pada tahun 2014.Anak kelahiran Temerloh ini dilahirkan pada 1 Ogos 1991 dan menamatkan pelajarannya dalam bidang perfileman di UiTM Puncak Perdana pada tahun 2014. Lakonan pertama Zee Zainal dapat dilihat dalam Inikah Cinta yang telah disiarkan di Slot Dahlia, TV3 pada 31 Januari 2016 bersama Niezam Zaidi, Farah Nabila & Aweera di bawah produksi Uniutama Management Holding.Seterusnya, Zee Zainal diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam Abang Sado Boleh Beres di slot Iris, TV3. Drama bersiri ini ditayangkan pada 13 September 2016 di bawah produksi A.Aida Production bersama para pelakon seperti Julia Ziegler, Acap Jamaludin, Sabhi Saddi & Ezzaty Abdullah. Menerusi bakat yang ada, Zee Zainal muncul lagi dalam sebuah drama bersiri seram komedi, Misteri Wan Peah bersama Acap Jamaludin, Faiz Tapaw, Arif Aziz & Sherry Al Hadad. Drama Misteri Wan Peah merupakan pembuka drama bagi slot terbaharu TV3 yang dipanggil slot Seramedi. Drama Seramedi ini berjumlah 20 episod ini mula ditayangkan pada 13 Februari 2017 berada di bawah produksi JS Pictures turut dibintangi Normah Damanhuri, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda DFKL, Usop Wilcha & Delimawati. Lakonan Zee Zainal dicungkil lagi menerusi telemovie yang bakal ditayangkan di TV9 pada 20 November 2017 bertajuk Bini Muda. Dalam telemovie ini, Zee Zainal berlakon di samping pelakon terkenal seperti Aishah Azman & Nina Iskandar.Seterusnya Zee Zainal meneruskan lakonan dalam telemovie Cikgu Papa Kirim Salam yang bakal ditayangkan di TV3 pada 3 Mac 2019. Dalam telemovie ini, Zee Zainal berlakon bersama Amar Asyraf, Liyana Jasmay.