Zendaya
Zendaya

Zendaya

Zendaya Maree Stoermer Coleman (lahir 1 September 1996),[4] atau lebih dikenali sebagai Zendaya (/zɛnˈd.ə/), merupakan seorang pelakon, penyanyi, penari dan model wanita Amerika Syarikat. Dari 2010 hingga 2013, beliau berlakon dalam sitkom Disney Channel Shake It Up sebagai Rocky Blue. Beliau telah membintangi tiga filem cetera dan menjayakan peranan utama dalam filem televisyen Frenemies sebagai Halley Brandon. Beliau meminjamkan suaranya untuk watak Fern dalam Pixie Hollow Games, dan juga muncul dalam Good Luck Charlie sebagai Rocky Blue dan di dalam siri lanjutan Good Luck Charlie/Shake It Up bertajuk Charlie Shakes It Up. Beliau muncul dalam PrankStars sebagai dirinya sendiri dalam episod "Walk The Prank", A.N.T. Farm sebagai Sequoia Jones dalam episod "Creative ConsultANT", dan sebagai Michelle "MJ" Jones dalam Spider-Man: Homecoming.Kerjaya muzik Zendaya bermula pada 2011 apabila beliau melancarkan single "Swag It Out", diikuti oleh "Watch Me" (bersama Bella Thorne); yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat rakaman bebas. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Hollywood Records pada 8 Ogos 2012, dan memulakan rakaman lagu untuk album pertamanya pada 12 Ogos 2012. Album bertajuk Zendaya, dikeluarkan pada 17 September 2013, didahului oleh single "Replay".

Rujukan

WikiPedia: Zendaya http://www.allmusic.com/artist/zendaya-mn000273200... http://www.allmusic.com/artist/zendaya-mn000273200... http://www.amazon.com/Between-Me-Tween-Years-Confi... http://www.billboard.com/articles/news/7213912/zen... http://www.billboard.com/articles/news/7350382/201... http://www.billboard.com/biz/articles/news/record-... http://www.broadwayworld.com/bwwtv/article/Zendaya... http://www.cincinnati.com/story/tvandmediablog/201... http://ca.complex.com/pop-culture/zendaya-intervie... http://deadline.com/2016/03/zendaya-spider-man-tom...