Ziela Jalil

Puan Sri Dato' Norzilah "Ziela" Abdul Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem humor, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).Puan Sri Dato' Ziela turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama drama TV.

Ziela Jalil

Kelahiran Norzilah binti Abdul Jalil
(1970-11-14) 14 November 1970 (umur 49)[1]
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Anugerah Drama Terbaik Anugerah Skrin 1993, Drama Terbaik Anugerah Skrin 1995, Drama Terbaik Anugerah Skrin 2006, Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008, Drama Komedi Terbaik Anugerah Skrin, Drama Terbaik Sosial Media Anugerah Skrin 2014, Drama Terbaik Anugerah Drama Festival TV3 2016
Tahun aktif 1986
  • 1986-an–1990-an (Pelakon, Penyanyi, Model Iklan)
  • 1991an–kini (penerbit)
Anak 2 orang
Seorang anak angkat[2]
Pasangan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (berkahwin 1991-2008)
Pekerjaan Penerbit Drama/Filem, Pelakon, Penyanyi, Model Iklan