Politik Zimbabwe

Zimbabwe adalah sebuah negara republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Negara ini pada awalnya mempunyai satu dewan tetapi selepas pindaan perlembagaan 2005, Dewan Senat telah dikembalikan semula. Dewan Rakyat yang dipanggil House of Assembly merupakan dewan rendah di Parlimen.

Sejak kemerdekaan lagi, Presiden Robert Mugabe dan partinya Zimbabwe African National Union – Patriotic Front atau lebih dikenali ZANU-PF telah berkuasa di Zimbabwe. Sejak merdeka lagi, parti ZANU telah memenangi setiap pilihan raya dan parti ini terkenal dengan taktik kotornya.Pada pilihan raya 1990, parti ini menerima kutukan dari dalam dan luar negara apabila dituduh melakukan pembelian undi, dengan parti pembangkang bawah pimpinan Edgar Tekere Zimbabwe Unity Movement, memenangi hanya 16% undi.[5] Pilihan raya presiden diadakan sekali lagi pada 2002 dan ia dicemari dengan tuduhan pembelian undi, ugutan dan penipuan.[6] Tuduhan itu tidak berhenti di situ sahaja, malah semakin menjadi-jadi pada pilihan raya parlimen Zimbabwe 2005 yang diadakan pada 31 Mac dan tuduhan tersebut dibuat oleh parti Gerakan Perubahan Demokratik (MDC) dan Jonathan Moyo, yang mahukan penyiasatan dibuat terhadap 32 daripada 120 kawasan parlimen.[7] Meskipun Jonathan Moyo tidak berpuas hati, beliau masih bertanding dalam pilihan raya dan berjaya memenangi kerusi parlimen sebagai parti bebas.

Pilihan raya umum telah diadakan di Zimbabwe pada 30 Mac 2008.[8] Keputusan rasminya menunjukkan bahawa pilihan raya pusingan kedua perlu diadakan antara Mugabe dan Morgan Tsvangirai, ketua pembangkang. Namun, parti MDC mempersoalkan keputusan tersebut, dengan mendakwa penipuan pilihan berleluasa telah dilakukan oleh kerajaan Mugabe. Persaingan kedua ini dicadangkan pada 27 Jun, 2008 tetapi pada 22 Jun, Tsvangirai menarik diri daripada pilihan raya presiden atas alasan ketidakadilan yang berterusan dan enggan menyertai proses pilihan raya yang ganas dan tidak mengikut undang-undang, sekali gus memberikan kemenangan kepada Mugabe.[9]


Dasar Luar Negara

Sebelum merdeka, 'negara' ini yang dikenali sebagai Rhodesia telah dipulaukan oleh kebanyakan negara dan tidak diiktiraf oleh PBB. Malah Rhodesia telah dikenakan sekatan ekonomi oleh PBB pada 16 Disember 1966. Namun demikian, negara Afrika Selatan masih menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara ini.

Selepas merdeka, kerajaan baru di bawah pimpinan Robert Mugabe telah cuba untuk mewujudkan pendamaian. Tiada balasan yang dikenakan terhadap regim kulit putih Ian Smith. Smith dan rakannya masih menjadi wakil rakyat di Parlimen. Di samping itu, Zimbabwe tidak membenarkan sayap militari ANC beroperasi di negara tersebut, walaupun membantah dasar aparteid di Afrika Selatan.

Pada 25 Ogos 1980 Zimbabwe telah diterima ke dalam Perhimpunan Agung PBB. Selain itu, negara ini telah menyertai Organisasi Kesatuan Afrika (OAU), yang kini dikenali sebagai Kesatuan Afrika. In November 1982, Zimbabwe was chosen by the OAU to hold one of the non-permanent seats in the UN Security Council for the following two years, which brought it onto the center stage of world events and gave it much-needed experience in international affairs. In 1986, Zimbabwe was the site of the NAM summit meeting;

Tentera

Angkatan Pertahanan Zimbabwe atau Zimbabwe Defense Force (ZDF) telah ditubuhkan selepas berakhirnya era perjuangan pembebasan pada akhir 1980. ZDF adalah hasil daripada pengintegrasian tiga angkatan tentera utama: Zimbabwe African National Liberation Army, (ZANLA), Zimbabwe People's Revolutionary Army, (ZIPRA) dan Rhodesian Security Forces (RSF). Proses integrasi ini telah menyaksikan pembentukan Zimbabwe National Army (ZNA) dan Air Force of Zimbabwe (AFZ) sebagai entiti yang berasingan.

Walaupun integrasi berlaku di ZNA, lain pula halnya dengan angkatan tentera udaranya iaitu Air Force of Zimbabwe. Bekas tentera dari ZIPRA dan ZANLA telah menyertai angkatan tentera udaranya secara di antara 1980 dan awal 1982. Akibatnya, ramai yang gagal semasa proses pengambilan dan telah disingkirkan dari angkatan tersebut. Pada Julai 1982, beberapa pesawat tentera telah dimusnahkan disebabkan perbuatan sabotaj di Bes Udara Thornhill di Gweru. Penahanan telah dibuat dan ini mengakibatkan peninggalan beramai-ramai pegawai tentera kulit putih dari AFZ. Pada tahun 1995, pindaan telah dibuat keatas rang undang-undang pertahanan dimana semua cabang angkatan tentera diletakaan di bawah seorang komander.

Kini ZNA mempunyai 30,000 tentera yang aktif, manakala angkatan tentera udaranya pula mempunyai 5,139 ahli yang bertugas.[10] Pasukan polis nya iaitu Zimbabwe Republic Police (termasuk unit bantuan polis, polis paramilitari) merupakan sebahagian daripada angkatan tentera di Zimbabwe dengan bilangan seramai 25,000 orang.[11]

In 1999, the Government of Zimbabwe sent a sizable military force into the Democratic Republic of Congo to support the government of President Laurent Kabila during the Second Congo War. Those forces were largely withdrawn in 2002.

Organisasi antarabangsa

Zimbabwe adalah ahli beberapa organisasi dunia termasuklah:

  • IMF;
  • ADB;
  • WTO;
  • Southern African Development Community (SADC);
  • Preferential Trade Area for Eastern and Southern Africa (PTA);
  • African Caribbean and Pacific Countries (ACP, dengan kerjasama EU);
  • G-77;
  • G-15;
  • NAM;
  • AU;
  • CCC; dan
  • The World Federation of Trade Unions.

Rujukan

WikiPedia: Zimbabwe http://www.bbc.com/news/world-africa-26034078 http://www.nationmaster.com/country/zi-zimbabwe/ag... http://www.newzimbabwe.com/pages/review27.15680.ht... http://www.theguardian.com/world/2015/dec/22/zimba... http://www.travlang.com/factbook/print/zi.html http://www.zimbabwedefence.com/AFZ0.html http://www.zimbabwejournalists.com/story.php?art_i... http://www.africa.upenn.edu/afrfocus/afrfocus04180... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://thereport.amnesty.org/eng/Regions/Africa/Zi...