Zimbabwe_Raya
Zimbabwe_Raya

Zimbabwe_Raya

Zimbabwe Raya (Bahasa Inggeris: Great Zimbabwe) ialah sebuah kota zaman pertengahan di perbukitan berhampiran Tasik Mutirikwe dan bandar Masvingo tenggara Zimbabwe selatan benua Afrika. Ia dianggap sebagai ibu kota suatu kerajaan besar yang wujud semasa Zaman Besi Akhir ketamadunan yang ada di tanah itu walaupun tidak dapat dikenal pasti kerajaan mana khususnya.[2] Ia merupakan binaan yang terbesar dari 200 tapak seumpamanya tersebar serata rantau selatan benua turut diberi nama dzimba-dza-mabwe,[3] dari bahasa Shona loghat Karanga di Masvingo bermaksud "rumah-rumah batu" (dzimba kata jamak imba "rumah", mabwe kata jamak bwe "batu");[4][5][6] tetapi ia juga boleh datang dari ungkapan dzimba-hwe, "rumah tinggi" merujuk kepada kediaman atau makam persemadian pembesar.[7]Pembinaan kota ini bermula pada abad ke-11 oleh orang Shona[8] dan diteruskan sehingga ia ditinggalkan pada abad ke-15;[9][10] tapak kota purba ini imerangkumi kawasan berkeluasan 7.22 km persegi yang boleh menempatkan sehingga 18,000 orang pada kemuncaknya, dengan kepadatan penduduk kira-kira 2,500 setiap kilometer persegi.Runtuhan kota purba ini mula dikaji para penjelajah dan penjajah Eropah pada 1871 tidak lama selepas lawatan meneliti kawasan sekitar.[11] Kajian selidik arkeologi mengenai kota ini pada dekad-dekad berikutnya mendapat tentangan dari rejim Rhodesia yang menganggap ia menggugat kedudukan masyarakat penguasa kulit putih ke atas rakyat kulit hitam Afrika[12] sehinggalah entiti ini terbubar tahun 1979. Ia kini diiktiraf sebagai suatu Tapak Warisan Dunia UNESCO.