Kontroversi Zizan_Razak

Dialog menghina Islam

Zizan memohon maaf kepada umum berikutan dialog beliau yang menghina Islam dalam filem komedi Hantu Bonceng pada September 2011. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam Zizan yang jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... syaitan”. Ustaz Azhar Idrus memintanya bertaubat kepada Allah, berhubung isu azan, memakai baju yang mempunyai palang salib ke masjid dan beberapa isu tahyul mahyul seperti bogel depan hantu.[79]

Kes saman oleh pengurus peribadi

Pada 30 September 2014, Zizan berdepan dengan isu ketetapan perundangan apabila pembantu peribadinya, Marina Juki memfailkan kes saman terhadapnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama. Marina mendakwa menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame termasuk Zizan tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu berdepan dengan masalah. Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.[80] Pada 5 November, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015. Pada Januari 2015, Zizan dan bekas pengurusnya gagal menyelesaikan saman itu di luar mahkamah.[81][82] Kes saman terhadap beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari 2015.[83] Perbicaraan kes saman beliau difailkan pada 10 Ogos.[84]

Rujukan

WikiPedia: Zizan_Razak http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/calonnya-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.budiey.com/filem-hantu-bonceng-kutip-rm... http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anuge... http://www.budiey.com/zizan-razak-kini-miliki-rest... http://www.gempak.com/artikel/25021/Polis-Evo-3-Ba... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...