Zon_Metropolitan_Georgetown

Zon Metropolitan Pulau Pinang-Kedah Selatan ,juga dikenali sebagai Greater Penang atau The Georgetown Conurbation merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang , Kedah Selatan dan Perak Utara [1][2] yang mempunyai penduduk melebihi 2,500,000 orang[perlu rujukan]. Bandar-bandar di sekitar Georgetown membentuk sebuah kawasan metropolitan dengan jumlah 2.42 juta orang, menjadikan kawasan metropolis kedua terbesar di Malaysia[3] selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang. Zon Metropolitan Georgetown merupakan kawasan metropolitan yang menyumbang keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kedua terbanyak di Malaysia selepas Lembah Klang, iaitu kira-kira RM 52,530 juta ( tahun 2012 ) dari Pulau Pinang sahaja tanpa merangkumi Daerah Kuala Muda, Daerah Kulim serta Daerah Bandar Baharu di Kedah, lebih banyak daripada Iskandar Johor iaitu kira-kira RM 41,274 juta ataupun 60%[4] daripada RM68,791 juta (KDNK bagi seluruh negeri Johor tahun 2012).[5]. Oleh itu, Zon Metropolitan Georgetown merupakan kawasan metropolitan yang kedua terpenting di Malaysia selepas Lembah Klang.