Zon_Waktu_Tengah
Zon_Waktu_Tengah

Zon_Waktu_Tengah

Zon Waktu Tengah Amerika Syarikat (CST) ialah zon waktu di beberapa kawasan Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Amerika Tengah, beberapa pulau di Caribbean dan sebahagian daripada Lautan Pasifik Timur.Negeri Manitoba ialah satu-satunya kawasan di Kanada yang menggunakan CST di semua kawasannya. 9 negeri Amerika Syarikat yang termasuk sepenuhnya dalam CST ialah Alabama, Arkansas, Illinois, Iowa, Louisiana, Minnesota, Mississippi, Missouri dan Wisconsin.[1] Sebahagian besar Mexico, hampir 75%, berada dalam rangkuman CST kecuali 6 negeri di barat utaranya dan 1 negeri di tenggara. Belize, Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras, and Nicaragua menggunakan CST sepanjang tahun. Kepulauan Galápagos di Ecuador menggunakan CST sepanjang tahun, dan kawasan selainnya menggunakan EST.Waktu jimat masa dilaksanakan pada sebahagian besar tempoh Zon Waktu Tengah dari pertengahan Mac hingga awal November. Waktu yang ditukar ini dipanggil sebagai Waktu Siang Tengah (CDT) dan menggunakan waktu UTC-5.