Zon_euro
Zon_euro

Zon_euro

Zon euro —atau kawasan euro (euro area) secara rasminya[8] — ialah kesatuan ekonomi dan kewangan yang dianggotai 19 negara dalam Kesatuan Eropah yang menerima pakai euro (€) sebagai mata wang tunggal.Kawasan ini disertai oleh negara Austria, Belanda,Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Jerman, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Sepanyol, Slovakia, Slovenia dan Yunani. Negara-negara EU lain (kecuali Denmark dan United Kingdom) diwajibkan masuk sekiranya memenuhi kriteria untuk melakukan sedemikian.[9] Tiada satupun negara yang meninggalkan kawasan ini, dan tiada peruntukan untuk melakukan sedemikian mahupun dibuang dari kawasan tersebut.[10] Andorra, Monaco, San Marino dan Kota Vatikan mempunyai persetujuan yang formal dengan EU untuk menggunakan euro sebagai matawang rasmi serta mengeluarklan duit syiling tersendiri.[11][12][13] Kosovo dan Montenegro telah memakai euro secara sepihaknya[14] tetapi tidak termasuk dalam zon ini mahupun mempunyai perwakilan dalam Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) atau dalam Kumpulan Euro.[15]Bank Pusat Eropah pimpinan seorang presiden serta sebuah lembaga ketua-ketua bank pusat serata benua tersebut menetapkan dasar kewangan kawasan ini. Tugas utama bank pusat tersebut ialah mengekalkan kadar inflasi di bawah tahap yang boleh dikawal. Meskipun perwakilan, pentadbiran atau dasar fiskal yang sama untuk kesatuan matawang itu tidak ada, masih ada juga kerjasama yang dilakukan dalam Kumpulan Euro yang membuat keputusan politik berkaitan euro serta kawasan yang diwakilinya. Kumpulan Euro ini terdiri daripada menteri-menteri kewangan negara anggota kawasan euro, namun pemimpin negara turut boleh dilibatkan dalam keadaan kecemasan.

Zon_euro

Jenis kesatuan Kesatuan dan kewangan
Pengeluar sah Bank Pusat Eropah
Inflasi 1.6%[5]
Imbangan perdagangan €22.3 bn surplus[7]
Presiden ECB Jean-Claude Trichet
Kadar faedah 1%[3][4]
Matawang euro
Presiden Kumpulan Jean-Claude Juncker
Ditubuhkan 1 Januari 1999
GDP (2010) €9.2 trillion[2]
Ahli
Populasi (2011) 331,962,860[1]
Kawalan politik Kumpulan Euro
Pengangguran 9.9%[6]
Bersekutu dengan Kesatuan Eropah

Rujukan

WikiPedia: Zon_euro http://www.andorra-euro.com/en/news1.html http://euobserver.com/political/118925 http://www.fxstreet.com/fundamental/interest-rates... http://europa.eu/legislation_summaries/economic_an... http://ec.europa.eu/economy_finance/euro/adoption/... http://ec.europa.eu/economy_finance/euro/world/out... http://epp.eurostat.ec.europa.eu/cache/ITY_PUBLIC/... http://epp.eurostat.ec.europa.eu/tgm/refreshTableA... http://epp.eurostat.ec.europa.eu/tgm/table.do?tab=... http://epp.eurostat.ec.europa.eu/tgm/table.do?tab=...