Zoo Negara
Zoo Negara

Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[5] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Zoo Negara

Kawasan tanah 110 ekar (45 he)[2]
Pelawat tahunan >1,000,000
Koordinat 3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°E / 3.20972; 101.75778Koordinat: 3°12′35″N 101°45′28″E / 3.20972°N 101.75778°E / 3.20972; 101.75778
Laman web www.zoonegara.org.my/index.htm
Tarikh dibuka 14 November 1963; 56 tahun yang lalu (1963-11-14)[1]
Lokasi Ulu Klang, Gombak, Selangor, Malaysia
Bilangan haiwan 5137[2]
Pameran terbesar 16 pameran utama
Keahlian ISO 9001:2008,[3] SEAZA [4]
Bilangan spesies 459[2]