Zubir Said
Zubir Said

Zubir Said

Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada mereka pernah dirakamkan.[1]Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Ia menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Zubir Said http://bahizal.com/2006_05_01_bahizal_archive.html http://www.felix-entertainment.com/p-ramlee/galler... http://www.imdb.com/name/nm1008031/ http://www.singaporeheritage.com/pesh_entries_deta... http://www.straitstimes.com/Free/Story/STIStory_16... http://www.todayonline.com/articles/318916.asp http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.sinchew.com.my/content.phtml?sec=5&sdat... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p352619767 http://web.archive.org/web/20070625042528/http://w...