Zul_Ariffin
Zul_Ariffin

Zul_Ariffin

Zulkifli bin Ariffin[1] (lahir 25 Oktober 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.[4]Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Rujukan

WikiPedia: Zul_Ariffin http://www.imdb.com/name/nm5795985/ http://www.mreena.com/2015/10/drama-uda-dan-dara.h... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/72... http://www.rotikaya.com/gayatri-beri-amaran-kepada... http://www.star2.com/entertainment/tv/2017/04/18/z... http://www.themalaymailonline.com/drive/article/fa... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.zaofficial.com/ http://www.beritasemasa.com.my/biodata-zul-ariffin... http://www1.hmetro.com.my/node/62403