Zul_Yahya

Zulkifli "Zul" Yahya (lahir 7 Mac 1973) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang memulakan kerjaya sebagai pelakon remaja era 1990-an dan terus popular menerusi siri-siri komedi keperwiraan pada era 2000-an. Beliau juga bergelar usahawan apabila membuka perniagaan restoran di Seksyen 13, Shah Alam sejak 2005. Beliau sering digandingkan bersama pelawak wanita seperti Sharifah Shahirah, Siti Fazurina dan Noorkhiriah Ahmad Shapie.