Zulfikar_Ali_Bhutto

Zulfikar Ali Bhutto (Urdu: ذوالفقار علی بھٹو, IPA: [zʊlfɪqɑːr ɑli bɦʊʈːoː]; Bahasa Sindhi: ذوالفقار علي ڀُٽو) (5 Januari 19284 April 1979) merupakan seorang ahli politik Pakistan yang berkhidmat sebagai Presiden Pakistan dari tahun 1971 hingga 1973 dan sebagai Perdana Menteri Pakistan dari tahun 1973 hingga 1977. Beliau merupakan pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP), salah satu parti politik yang terbesar dan terkuat pengaruh di Pakistan. Anak perempuannya Benazir Bhutto menjadi perdana menteri dua kali. Bhutto telah dikenakan hukuman gantung pada 1979 kerana disabitkan kesalahan terlibat dalam pembunuhan seorang ahli parti pembangkang. Ramai berpendapat pembunuhannya sebagai bermotifkan politik di atas arahan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Beliau telah diberi gelaran Shaheed Zulfikar Ali Bhutto kerana dianggap sebagai mati syahid.