Sejarah Ürümqi

2000 tahun lalu, Ürümqi merupakan bandar penting di laluan utara Laluan Sutera, satu jaringan luas laluan perdagangan yang memudahkan pertukaran kebudayaan sepanjang benua Eurasia. Tahun ke-22 pemerintahan Maharaja Taizong pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 648 M, kerajaan menubuhkan bandar Luntai di kota purba Urabo, 10 kilometer daripada pinggir bandar selatan masa kini Ürümqi. Tapak purba bandar Luntai menjadi kerajaan tempatan. Kerajaan mengenakan cukai-cukai , yang telah dikutip daripada karavan-karavan sepanjang laluan utara Laluan Sutera. Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing (1763), Maharaja Qianlong menamakan bandar ini sebagai Luntai "Dihua" (Bahasa Cina: 迪化; pinyin: Díhuà; Bahasa Manchu: Wen de dahabure fu), makna "penjelasan." Pada 1884, Emperor Guang Xu menubuhkan kota Xinjiang sebagai satu Provinsi, dengan Di Hua sebagai ibu negerinya. Ekoran penubuhan Republik Rakyat China, pada Februari 1, 1954, bandar raya ini telah dinamakan semula sebagai Ürümqi, bermakna "padang ragut cantik" dalam Bahasa Mongolia Kaum Junggar .

Rusuhan 2009