Abang Long Fadil 2 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakonlayar oleh
Syafiq Yusof terbitan bersama
Skop Productions dan
Astro Shaw.
[4][5] Filem ini berdasarkan watak sampingan dari filem
KL Gangster dan kesinambungan kepada filem 2014
Abang Long Fadil, juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq.
[6][7][8] Filem ini dibintangi oleh
Zizan Razak (Fadil),
Syamsul Yusof,
AC Mizal,
Tania Hudson,
Wak Doyok,
Achey Bocey,
Shuib Sepahtu,
[lower-alpha 1] A. Galak dan
Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil (Zizan Razak) yang telah disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit (
A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (
Wak Doyok). Tania menjayakan watak sebagai Yana, kekasih Fadil dan juga seorang wartawan ditugaskan untuk meliputi kes Tiger manakala Syamsul sebagai Inspektor Wahab sedang menyiasat kes yang sama.
[9][10][11]Penggambaran dijalankan pada November 2015, manakala pasca-penerbitan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
[12] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di 130 panggung wayang seluruh negara selama 56 hari.
[13][14] Filem ini merupakan kejayaan komersial dan kritikal, memperolehi sebanyak RM17.9 juta keseluruhan,
[15] menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2017 dan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi keseluruhan, mengatasi filem
Polis EVO (2015).
[16][17] Filem ini merupakan antara filem baharu yang dipertandingkan di
Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung pada 23 September 2017.
[18] Pada Disember 2017, Abang Long Fadil 2 telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem tempatan terbaik 2017 oleh
Harian Metro.
[19]