Menu
Amerika_Syarikat PendidikanPendidikan awam di Amerika Syarikat dikendali oleh kerajaan negeri dan tempatan di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat menerusi sekatan terhadap geran persekutuan. Di kebanyakan negeri, kanak-kanak diwajibkan menghadiri sekolah mulai umur enam atau tujuh tahun (tadika atau darjah satu) hingga lapan belas tahun (sekitar darjah ke-12 (tingkatan enam), akhir sekolah tinggi); sesetengah negeri membenarkan pelajar berhenti persekolahan pada umur 16 atau 17 tahun.[129] Sekitar 12% kanak-kanak berdaftar di sekolah swasta mubaligh mahupun sekular. Cuma lebih 2% kanak-kanak bersekolah di rumah.[130]
Amerika Syarikat mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang kompetitif, baik awam mahupun swasta, dan juga kolej masyarakat yang mengamalkan dasar kemasukan terbuka. 84.6% orang Amerika yang berusia 25 tahun ke atas berkelulusan sekolah tinggi, 52.6% menghadiri kolej, 27.2% meraih ijazah sarjana muda, dan 9.6% memegang ijazah sarjana ke atas.[131] Kadar celik huruf amnya adalah kira-kira 99%.[35][132] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan Indeks Pendidikan 0.97 kepada AS.[133]
Menu
Amerika_Syarikat PendidikanBerkaitan
Amerika Syarikat America's Next Top Model, Musim 11 America's Next Top Model, Musim 12 Amerika Utara American Broadcasting Company America's Next Top Model Amerika Selatan Amerika Latin America's Got Talent Amerika TengahRujukan
WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830