SmritiBhagavad Gita (
bahasa Sanskrit:
भगवद् गीता) ialah sebahagian yang terdiri daripada 700 ayat-ayat suci dalam
puisi epik Mahabharata (Bhishma Parva bab 25 – 42), dan yang disanjung sebagai teks suci
falsafah Hindu. Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan".Biasa dirujuk dengan mudah sebagai Gita, isi buku ini adalah satu dialog antara
Krishna dan
Arjuna yang diadakan di medan pertempuran
Kurukshetra, tidak lama sebelum permulaan
perang kemuncak. Dalam dialog ini,
Krishna ialah pembicara utama yang menguraikan ajarannya kepada
Arjuna yang menjadi pendengarnya. Dalam perbualan ini, Krishna mengisytiharkan Diri-Nya sebagai
Avatara atau Jelmaan Tuhan dan atas permintaan Arjuna, menunjukkan
ketuhanannya. Pendedahan itu menyebabkan Arjuna berasa kagum.Perbualan antara
Sri Krishna dan Arjuna meringkaskan
falsafah Yoga dan
Vedanta, serta menerangkan maksud dan tujuan
kehidupan dan
kewujudan. Walaupun buku ini dianggap sebagai teks
Smṛiti berdasarkan alasan-alasan teknik, tidak syak lagi bahawa Bhagavad Gita telah mencapai status sebagai
śruti, atau
wahyu. Seperti mana
Upanishad-Upanishad mengandungi intisari
Veda, Bhagavad Gita mengandungi intisari
Upanishad-Upanishad. Dalam kalangan semua kitab-kitab suci
Hindu, Gita telah menjadi kitab yang paling popular.
[1]Terdapat beberapa pertikaian tentang tarikh Bhagavad Gita. Kebanyakan ahli sejarah, terutamanya sejarahwan Barat memberikan tarikh dalam lingkungan 1424 S.M hingga 575 S.M. Berdasarkan perbezaan dalam gaya puisi dan pengaruh luar seperti Sutra Yoga oleh
Patanjali, sesetengah
cendekiawan telah menyatakan bahawa Bhagavad Gita telah ditambahkan kepada
Mahabharata pada masa yang amat lewat.
[2] Namun, tidak boleh dipertikaikan bahawa ajaran Gita adalah sama dengan ajaran
Mahabharata.
[3] Orang Hindu yang menerima Bhagavad Gita sebagai suatu bahagian utama
Mahabharata pula memberikan tarikh yang sama dengan epik utama itu. Menurut tradisi lisan
Hindu, berdasarkan kepada sistem masa yang dihitung secara Yuga, peperangan Kurukshetra tentu telah berlaku pada tahun 3139 S.M.
[4] Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain yang menetapkan peristiwa-peristwa yang disebut dalam
Mahabharata bahawa Gita ditulis pada sekitar
5561 SM, berdasarkan
penghitungan astronomi.Teks Bhagavad Gita yang popular pada masa kini ialah teks yang telah dipilih oleh
Sri Sankaracharya, salah seorang pengulas tradisional yang awal. Menurut
Swami Vivekananda, "Tidak ramai yang mengetahui tentang Gita sebelum Sankaracharya menulis ulasannya yang popular."
[5] Teks ini mengandungi 700 sloka atau ayat-ayat suci dalam 18 bab.