Evolusi (
Tulisan Jawi: ايۏولوسي) atau
ubah ansur ialah
teori sains yang dikemukakan oleh ahli
biologi untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat
haiwan dan
tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini.
[1]Kaji selidik nyata membuktikan bahawa setiap hidupan banyak berubah dari zaman ke zaman, berdasarkan bentuk
fosil yang terdapat di bumi. Oleh itu, adalah nyata bahawa hidupan zaman sekarang jauh berbeza dari hidupan zaman dahulu. Semakin lama zaman silamnya, semakin berlainan rupa bentuk fosilnya.
[2] Ini merupakan kesan evolusi yang diterima sebagai fakta kerana banyak sekali
bukti yang menyokongnya.
[3][4][5] Pada masa yang sama, persoalan-persoalan evolusi masih giat diselidik oleh para ahli biologi.Teori evolusi ini merupakan asas kepada ilmu biologi moden; dalam erti kata lain, tiada apa dalam ilmu biologi yang membawa erti tanpa pemahaman evolusi.
[6]Namun begitu, tujuan sebenar evolusi adalah menjelaskan dan membantu kefahaman, kerana inilah penjelasan baik terulung bagi sebab setiap hidupan memperoleh rupa bentuk dan ciri-ciri yang kita kenali. Perkara-perkara amalinya berasal dari bidang
genetik yang dimulakan oleh
Gregor Mendel.