FMC_Music

Fantasia Music City atau FMC merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia. Ia merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Hui Hvang Enterprise Sdn Bhd. Ia ditubuhkan pada 1991 sebagai syarikat penerbit yang beroperasi sebagai entiti berasingan bagi pasaran khusus di Malaysia. Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[1]Artis sekarang syarikat ini merupakan Ernie Zakri dan Wany Hasrita.